Wednesday, October 28, 2009

Kusut Masai



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-A'araf, 31
"Wahai anak cucu Adam! Pakai pakaianmu yang bagus pada setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan"

Semalam ana sempat menghadiri satu program Belia Quranik Anjuran Kementerian Belia dan Sukan bertempat di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan.Program tersebut dikenali sebagai Halaqah yang mana berkeudara di TV9. Alhamdulillah Kehadira
n agak memuaskan pada malam itu. Mungkin di sebabkan para panel jemputan pada malam itu sememangnya tidak asing lagi di kaca televsyen di negara kita.Ahli panel sebut adlah Ustaz Ahmad Syukri Yusoff selaku Moderator, Ustaz Zahazan sebagai panel pertama dan Ustazah Nordiana Alwi yang tidak asing lagi di bumi labuan ini. Tajuk yang dibincangkan pada malam itu adalah "KUSUT MASAI".
Sahabat/ah, muslimin/at yang dikasihi Allah S.W.T sekalian,Ayat di atas menjadi salah satu hujah kita mengapa kita dianjurkan untuk tidak
Selekeh, ataupun nmpak seperti kusut masai. Sebagai individu muslim nabi junjunganlah perlu dijadikan ikutan kita semua. Baginda menunjukkan sunnah dalam etika pemakaian. Bukannya kita terlalu mengikuti fesyen semasa yang manaseperti dikatakan panel pada malam itu telah wujudnya istilah 2H(Halal-Haram). Di atas sudah cantik bertudung tapi bawahnya cantik untuk mata yang sentiasa dikaburi panahan asmara syaitan laknatullah. Itu salah satu perumpamaan fesyen anak muda zaman sekarang yang mana menyebabkan wujudnya istilah 2H tersebut. Al-Quran juga sunnah amat banyak memperihalkan tentang etika pemakaian dan menjaga penampilan kita.
Rasanya ini sahaja yang dapat ana coretkan untuk posting kali ini. Perlu beralih kepada lapangan kerja assingment pula yang perlu disiapkan. Kepada semua,saya berpesan kepada diri ana dan juga antum/na semua, jagalah etika pemakaian kita kerana ianya melambangkan identiti seseorang.

Wallahu'alam.

No comments: