Thursday, March 18, 2010

yang terlepas,..

Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari kemurkaanNYA,balasan seksaNYA,dan kejahatan hamba-hambaNYA,juga dari bisikan syaitan dan dari kehadiran mereka itu.

assalamualaikum WBT.sudah terlalu lama ruangan ini kosong tanpa ada sebarang bicara.bagi pihak ana,seribu kemaafan dipohon kerana tidak dapat meluangkan sedikit waktu untuk bersama-sama daalam ruangan ini.Bukannya terlalu sibuk,rasanya pengurusan waktu dari peringkat ana sensiri yang tidak baik.inilah kekurangan yang ada pada diri ini yang masih ana cuba betulkan.jika hendak dikatakan tidak ada masa,terlalu sibuk,masih ada waktu bagi ana untuk makan,masih ada waktu untuk tidur,bermain,dan melakukan aktiviti lain.Rsulullah merupakan contoh teladan yang terbaik untk kita semua turuti.baginda merupakan ketua keluarga,merangkap juga ketua negara iaiu pemimpin negara islam,pendakwah dan banyak lagi tugasan baginda selaku rasulullah.namun apa yang kita patut contohi,baginda mampu mengurus dan mentadbir kerja dengan cekap.kita semua mengaku cintakan rasul pilihan Allah,trapi adakah kita contoho baginda?sama-samalah kita muhasabah semula cinta kita tersebut terutamanya diri ini yang terlalu banyak melakukan khilaf di muka bumi ini.
selama mana ana tidak dapat mengisi ruangan entry ini banyak aktiviti yang telah berlangsung di sini.dalam ruang waktu ini juga kita semua dapat lihat kebangkitan mahasiswa bersuara dan menunjukkan bahawa mahasiswa sepatutnya berani menyatakan hak mereka dalam bersuara.maslah utama untuk semua ini tidak lain mestilah berkaitan dengan masalah air di kampus ini yang masih tidah ada penghujungnya.sahabat semua bolehlah ke halaman pro-mahasiswa yang mana segala aktiviti semasa mahasiswa di bumi kal ini akan tercatat di sana bagi membantu mahasiswa itu sendiri agar senantiasa peka dengan apa yang berlaku di kampus mahupun di luar kampus http://promahasiswa-umskal.blogspot.com/

selain itu,Sekretariat masjid (SM) juga bersama-sama mahasiswa lain menjayakan aktivit maulidurrasul seperti forum perdana,perarakan maulidurasul.alhamdulillah sokongan daripada mahasiswa untuk majlis tersebut amat menggalakkan.kemudian program di sini ditewruskan lagi dengan Festival Kebudayaan Islam(FKI) yang mana berlangsung selama 1 minggu.terdapat pelbagai aktiviti yang diseediakan untuk mahasiwa di sini dan masyarakat labuan itu sendiri.
kepada sahabat semua,ana memohon kepada antum semua agar sama-sama berdoa kepada ytang maha pencipta agar kita semua dibri ruang waktu untuk terus bersama mengeratkan silaturrahim dalam ruangan ini di samping berkongsi apa yang boleh untuk dijadikan santapan minda dan rohani.

dikesempatan ini juga ana mengingatkan diri ini agar terus mendekatkan diri kepada Allah SWT agar mampu menjaga hati ini untuk terus istiqamah dalam gerak kerja ini.kepada rakan seperjuangan yang banyak membantu,ayuh kuatkan ikatan kasih sayang kerana Alah untuk kita semua mencapai kemanisan ukhwah dalam menjalankan gerak kerja islam. salah seorang di antara kamu sekalian tidak sempurna imannya sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri(bukhari & muslim)

Akhir bicara untuk ruangan ini,ana mohon kerjasama semua pihak untuk kita semua sama-sama menghidupkan biah solehah di bumi KAl ini.jangan kerana kritikan dan ancaman yang diterima kita terus mengundurkan diri.tapi jadikan semua itu sebagai benteng kekuatan untuk kita semua terus ayunkan langkah perjuangan ini.

Salam perjuangan(MABAR).

No comments: