Monday, April 19, 2010

berperang!!!


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Assalamualaikum WBT kpd semua. Bermulalahlah bulan peperiksaan untuk kita semua sebagai pelajar di bumi KAL ini. Rasanya bukan saja kita yang sedang berjuang di medan peperiksaan ini, malah sahabat perjuangan lain turut sama bertempur habis-habisan untuk mendapat apa yang diinginkan.

Ada yang masih berselimut angan-angan mengejar impian namun usaha untuk mendapatkan cita-citanya tidak ada. Tapi tak sesuai la jika ana katakn tidak ada usaha cumanya kurang daya usaha mungkin. Yaa ayyuhal muzammil,bangunlah! Tika ini kita begelut dengan buku,pen kertas untuk study habis-habisan. Hanya kerana peperiksaan ini janganlah kita alpa untuk mendekatkan diri kepada yang Maha Pencipta. Bukannya ana katakana kita tak perlu belajar bsunguh-sunguh, tapi ingatlah yang mengetahui segala isi hati kita,ilmu dunia ini tidak lain hanyalah daripadaNya juga. Maka kita selaku mahkluknya yang sentiasa mencari dan menadah ilmuNya ini perlulah sentiasa bersyukur kepadaNYA. Buat pejuang sekalian kita perlulah senantiasa ingat kepadaNYA bukan hanya ketika nak menduduki exam barulah nak baca Quran,solat hajat dll,tapi perlulah selalu. Ketika susah saja baru kita semuanakdekatkan diri kepadanya maka tidak mustahil Allah pun akn buat tidak kisah kepada kita suatu hati nanti. Allah SWT Maha Pengampun dan Maha Pengasih kepada Hambanya,marilahlah sama-sama kita muhasabah semula CINTA kita kepadaNYA.
Restu merupakan adab yang diajar dalam islam. Maka sebelum menduduki peperiksaan ini saya mengajak sahabat semua marilah kita bersama-sama meminta restu kedua ibu bapa kita sahabat kita,pensyarah yang mengajar kita saudara kita yang lain,dan restu yang paling utama hanyalah yang menciptakan kita ini untuk menadah ilmuNYA yakni ALLAH SWT.

Sahabatku sekalian, apa yang ana coretkan di sini bukanlah sekadar kata ataupun madah bicara kosong yang cuba untuk memberi nasihat,tetapi untuk muhasabah diri ini juga khususnya yang mana terasa jauh daripada pandangan Allah. Maka,marilah sama-sama kita saling ingat-meningati antara satu sama lain.
“ dan tetaplah member peringatan, kerana sesunguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin” adz-zariyat:55

Akhir bicara,ana mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Akhir semester kpada semua rakan seperjuangan dan pelajar yang menimba ilmu di bumi KAL ini. Salam imtihan!

No comments: