Thursday, July 1, 2010

ahlan wasahlan!



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR BARU. KAMI DARI KELUARGA SEKRETARIAT MASJID (SM) MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN SAUDARA/SAUDARI KE UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN.

Selamat datang diucapkan buat adik-adik muslimin muslimat yang di kasihi yang mana kini lebih molek jika dipanggil mahasiswa mahupun mahasiswi. Semoga kedatangan adik-adik ke bumi KAL ini akan dapat menyumbang bakti dan menimba ilmu yang bermanafaat untuk masa depan adik-adik, InsyaAllah.



Pelbagai perasaan tentu sekali menerjah ke fikiran adik-adik tatkala melangkahkan kaki ke sebuah kampus yang tersergam indah ini. Inilah realiti, kita semua kini melangkah ke alam yang lebih mencabar. Satu dimensi yang menuntut lebih banyak pengorbanan serta kematangan dalam setiap tindak tanduk.


Dengan demikian, persiapkanlah diri untuk menghadapinya. Padatkan dada dengan keimanan, pasakkan amal yang konsisten dan ikhlas dalam diri masing-masing. InsyaAllah, Allah akan sentiasa bersama hamba-hambaNya yang beriman. Bicara kali ini juga ingin membawa bersama sahabat-sabat lain yang telah lama bercuti semester untuk terus bersama-sama meneruskan perancangan yang telah kita rancang sebelum Ini. Sekiranya kita gagal mahupun tidak berjaya pada masa lalu,kali ini kita masih ada ruang waktu yang diberikan Maha Pencipta untuk kita laksanakan sebarang gerak kerja tersebut sehingga yang termampu sebagai manusia yang mana kita semua senantiasa ketahui bahawasanya Allah SWT melebihi segalanya dan perlu diingati lakukanlah yang terbaik untuk kita semua selagi mana ianya tidak melanggar batasan islami. “demi masa.sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran” al-asr 1-3.


Akhir bicara,semoga kedatangan kita semua ke kampus kali ini lebih bersemangat dan menggapai tujuan yang diimpi.Tinta kali ini hanya sedikit sebanyak coretan dari keluarga SEKRETARIAT MASJID AL-HIKMAH untuk memberi sedikit suntikan semangat kepada adik-adik dan juga sahabat yang lain dalam menempuhi alam universiti yang penuh cabaran,samaada dari segi fizikal, mental serta rohani. Lahirkanlah kemesraan kita sesama manusia, kerana itu adalah hak-Nya, tapi jangan putus hati kita dengan Allah,itu hakNYA.

Sekian dahulu untuk kali ini,jumpa lagi dan “Selamat datang & kembali ke kampus KAL!

No comments: