There was an error in this gadget

Sunday, February 6, 2011

3 malam tanpa bintang

bro! kesejukan ka? terkejut aku bila disapa mengejut sedemikian. memangla sejuk tengah2 malam dok bawah pondok rehat di tepi bandar labuan, dah la hujan lebat masa tu. tajuk kali ni ada pasal malam,ada juga pasal bintang, kenapa ek? hahaha,tak da apa pun cumanya 2-3 hari ini memang malam di labuan ni susah nak tengok bintang.gelap ja selalu,hujan la katakan.bukan saja malamnya hujan,dari pagi sampai ke malam memang hujan ja,kalau tak lebat, rintik2. hamba Allah yang tegur aku tadi mula mengajak aku berbual2 mungkin dia pun boring kot.mulala kami bercerita serba sedikit tentang diri masing2. mula2 aku tengok dia ni macam orang muda lagi,dengan penampilannya yang agak rugged,fesyen orang muda dengan mengenakan pakaian jeans. rupanya2 dah lebih kurang abah aku ja umurnya.

dari gaya penampilannya tadi memang semua orang akan cakap dia ni samseng jalanan vateran la,tapi jangkaan aku meleset la pula,slow & steady plak orang tua ni. pengajaran untuk kali ke berapan entah la,jangan nak menilai seseorang dari segi penampilan luarannya saja ok,macam abg.mat saleh selalu kata la "don't judge the book by it's cover".hahaa betol x aku taip ni?ehehe. memang agak ok la juga dia malam tu,boleh dibawa berbincang untuk beberapa perkara la juga.

aku cuba nak amik sedikit bahagian muhasabah untuk aku la juga pada malam tu. dia cuba buat analogi berkaitan tali tangsi dan juga masalah yang kita hadapi dalam kehidupan seharian. dia tunjukkan kat aku segumpal tali tangsi yang berserabut yakni yang dah lama tergumpal. ia ibaratkan masalah kita yang sentiasa ada dan perlu diselesaikan walaupun nampak berat dan susah untuk diselesaikan. namun dia tetap terus merungkai gumpalan tali tersebut perlahan-lahan dengan tekun sekali. fuh,tak sangka juga sanggup juga dia nak habiskan merungkai gumpalan tangsi tersebut. hampir saja nak rungkai semua tangsi tersebut, uncle tadi berpesan kepada aku. sebesar mana pun masalah yang kita hadapi.tempuhilah dengan SABAR,nescaya kita akan berjaya untuk habiskan walaupun lambat.sekurang-kurangnya kita mampu habiskan dan selesai sesuatu permasalahan tanpa berputus asa.

pertemuan yang hanya seketika dengan lelaki tu telah memberi banyak pengajaran untuk aku cuba praktikkan dalam kehidupan seharian. sememangnya pak cik yang aku jumpa 2 sebenarnya agak ganas la juga sebelum ni. dia ada tunjukkan tatoo pada badannya penuhla juga di bhagian dada dan juga belakang badannya. tapi semua tu perkara silamnya dia dah banyak berubah katanya.tatoo tersebut saja belum dibuang. memang menderita untuk membuang tatoo tu.huhuh. alhamdulillah subuh ari tu kami dapt solat bersama-sama di terminal feri. tak ada orang yang solat di sana hanya kami ja pagi tu.

penulisan yang tak seberapa ni mungkin akan memberi muhasabah kepada aku dimasa akan datang dan juga rakan2 seperjuangan sekalian. mehna dan juga tribulasi seringkali ada untuk kita hadapi. boleh saja ianya datang dari keluarga kita,kawan2 mahupun pemerintah yang menguasai rakyatnya. apapun Yang Maha Penyayang dan juga Maha Pengampun serta Penerima taubat makhluknya senantiasa berasama kita. sama-samalah kita bertaubat untuk meneruskan kehidupan seharian kita semua agar beroleh kehidupan yang barokah dan juga mardhotillah dariNYA.

SUARA ALAM

No comments: