Sunday, March 6, 2011

amanah & tanggungjawab


Manusia dipertanggung-jawabkan atas amalannya
Kalamullah
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada
kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. (As-Shams : 8)

Huraian:
Manusia dikurniakan akal fikiran dalam menentukan tindakan dan amal
perbuatan mereka agar menepati matlamat asal kejadian mereka, iaitu
mengabdikan diri kepada Allah dan beribadat kepada-Nya. Allah telah memberi
ilham (mengenalkan) mereka tentang jalan-jalan yang menuju kepada ketaqwaan
dan jalan-jalan yang boleh membawa kepada kehancuran dan kemusnahan.

Selebihnya terserah kepada manusia sendiri untuk membuat pilihan yang tepat
dan mereka dipertanggungjawabkan ke atas pilihan itu.

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan qadak dan qadar seseorang. Walau
bagaimanapun, ia terletak di atas bahu mereka untuk menentukan untung nasib
dan haluan hidup masing-masing. Mereka sendiri yang dapat mengubah nasib
diri mereka sebagaimana firman Allah dalam surah ar-Ra'd ayat 11 yang
bermaksud: Sesungguhnya Allah tiada mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

Beruntunglah orang-orang yang sentiasa memuhasabah diri dan berusaha
memperbaiki hidupnya agar bertepatan dengan nilai-nilai dan norma-norma
Islam yang sebenar kerana akan mendapat kedua-dua kemuliaan di dunia dan
akhirat. Sedangkan mereka yang berpeluk tubuh dan menanti orang lain
mengubah untung nasib hidupnya, akan sentiasa dalam kerugian sama ada di
dunia mahupun di akhirat kelak.

Kesimpulan:
Allah s.w.t. telah menentukan takdir hidup makhluk-makhluk-Nya. Walau
bagaimanapun, tidak bermakna manusia tidak berupaya membuat pilihan hala
tuju hidupnya. Mereka masih boleh berbuat demikian kerana segala tindakan
dan amalan yang mereka lakukan adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri.

- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Engkau ampunilah segala dosaku,
dosa kedua ibu bapaku,dosa ahli2 keluargaku,orang2 yang bersamaku,
serta muslimin dan muslimat,samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia,
ya Allah,Engkau sahaja yang mengetahui segala isi hati ini,
engkau jualah yang mampu menenangkan segala bolak-balik yang ada dalam jiwa ini,
tetapkanlah hati hambaMu yang daif ini,
berilah hidayah dan petunjukMu setiap kali aku mencari kata putus,
ya Allah,pimpinlah aku hingga aku mampu mendapat redhaMu,
telah banyak dosaku kepadaMU ya Rabbi,aku mohon perlindunganMu dari bisikan yang senantiasa menggoncang imanku yang terlalu mudah untuk diragut nafsu,
ya Allah,bukalah hati hambaMu ini untuk terus mendekatkan diri kepadaMu,
jadikanlah hambaMu ini sebagai insan yang mampu melaksanakan segala amanah yang diterima,
SUARA ALAM

2 comments:

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

kita y ubabh attitude kita..betol tu babe!!

irawna said...

salah satu langkah bijak,heeheh