Sunday, March 20, 2011

Bingkai Kehidupan - Shoutul Harokah


“Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” [surah Ali-Imran: 104]

Perjuangan Islam telah memakan masa yang panjang sejak zaman Rasulullah saw, bahkan termasuk juga perjuangan para nabi terdahulu. Para pejuang pula telah melalui pelbagai pengalaman serta menghadapi pelbagai jenis rintangan dan musuh sedikit mahupun ramai. Kendatipun, musuh-musuh Islam sering kehairanan melihat ketahanan dan asas kekuatan pejuang-pejuang Islam. Dalam banyak medan peperangan, musuh Islam jauh lebih ramai dan mempunyai kelengkapan yang tidak setanding. Namun, bukan sahaja pejuang-pejuang Islam itu tidak gentar atau undur, bahkan kerap kali pula mereka berjaya mengalahkan musuh.

wahai penyambung mata rantai perjuangan,
kehadiran kalian dalam jalan ini telah menambahkan lagi kekuatan yang sedia ada. kuantiti sahaja memang tidak cukup sekiranya kualiti tidak ada. namun,kita akan pastikan, kefahaman akan dibina sesama kita bagi melancarkan lagi usaha dakwah. jangan berundur selagimana tiada gerakan yang dibuat,usah membicarakan kelayakn diri kerana hidup ini senantiasa dicorakkan. kita semua akan bersatu tidak kira di masa susah atau senang kerana kita semua adalah keluarga yang mana mempunyai tujuan yang sama.

setiap ujian yang datang adalah peluang untuk kita meningkatkan iman dan keyakinan pada Tuhan.Ujian seperti angin dan iman seperti layang-layang. Semakin kuat angin semakin tinggi layang-layang terbang. Semakin banyak dugaan hidup semakin tinggi kedudukan kita di sisi Allah.Imam Muslim meriwayatkan, bahawa Nabi Muhammad saw bersabda (maksudnya): Allah tidak melihat rupa paras atau kekayaan kita, tetapi Dia melihat hati dan amalan kita bagi menentukan kedudukan manusia di sisi-Nya.

kita semua selaku hamba Allah di muka bumi ini tidah pernah lari dari melakukan kesalahan, ketika inilah teguran diperlukan agar yang melakukan dosa ini tidak terus hanyut dalam dunianya. maka,kita selaku mahasiswa ISLAM yang sedar ini perlu bersama2 memperbaiki diri dan juga masyarakat lain untuk sama2 meraih redha ilahi. ini semua akan terjadi sekiranya kita bersatu dalam usaha hendak mengerakkan dakwah seperti dalam firman Allah yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."as-Saff ayat 4.

sahabat2 seperjuanganku,marilah bersama2 kita bersatu menjaga amanah yang telah ditaklifkan ini agar ganerasi akan datang akan dapat meneruskan perjuangan mereka. janganlah kita memusnah dan memutuskan rantaian perjuangan ini yang mana telah dimulakan pleh ganerasi yang terdahulu. jika kita lihat kelompangan pada masa lalu, adalah menjadi tugas kita untuk memperbaiki kekurangan yang ada. ingatlah,janji Allah kepada makhluk yang membawa usaha dakwah terlalu banyak dirakamkan dalam al-Quran,antaranya:
“(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan memasukkan kamu ke tempat tinggal yang baik di dalam Syurga Adnin. Itulah keuntungan (kejayaan) yang besar.”
(Surah As Saff : 11-12)

SUARA ALAM

No comments: