Wednesday, March 9, 2011

kau pergi...





Malay
Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!

English
“Glory to Him Who has subjected these to our (use), for we could never have accomplished this (by ourselves),
And to our Lord, surely, must we turn back!”

sahabat2 yang dikasihi sekalian, kali ini, kampus Labuan dikejutkan lagi dengan 1 lagi kes kematian. kami semua kehilangan seorang lagi sorang siswi yang mana tak lama lagi akan menamatkan pengajiannya. bak kata pepatah malang tidak berbau.begitu juga ajal maut tuhan yang menentukan.
kejadian berlaku hanya diluar kampus sahaja,iaitu berdekatan dengan pantai ums ini. kejadian yang mana meragut seorang wanita manakala seorang lagi terselamat dan masih diberi rawatan di hospital.
sememangnya aku amat terkejut sekali bilamana mangsa yang terlibat adalah hamba2 allah yang mana banyak membantu dalam mana2 aktiviti yang pernah kami anjurkan sebelum ini. mereka memang individu yang mudah didekati dan juga senang untuk dibawa bekerjasama.
teringat pula kemalangan yang pernah aku alami sebelum ini.memang segalanya terus berputar di kotak fikiran ini. terasa seperti aku pula yang baru terbabit dalam kemalangan tersebut.
sebentar tadi aku sempat pergi menziarah,kelihatannya masih tidak bermaya.hanya mampu mendiamkan diri di atas katil sambil ditemani sahabat baiknya di sisi. mungkin saja dia masih memikirkan dan juga terbayang2 apa yang telah berlaku. aku hanya membiarkan sahaja dia berehat ketika itu. di hadapan katil sahabat tadi rupanya2 ada individu yang mana memang aku kenali. pensyarah di kampus rupanya. dia menemani isterinya kerana anaknya yang baru lahir disahkan terkena jangkitan kuman. maka terpaksalah dia menemankan isterinya di hospital malam ini. jam pun menunjukkan jam 10:15mlm. aku pun meminta izin untuk pulang ke kampus yang mana mengambil masa lebih kurang 15minit jugalah untuk sampai.
rasanya untuk kali ini hanya ini yang ingin dikongsikan. untuk muhasabah diri juga agar senantiasa berhati2 ketika memandu. sememangnya takdir yang Maha Esa tidak mampu kita atasi. sama2lah kita sedekahkan al-fatihah semoga rohnya tenang dan ditempatkan bersama2 orang mukmin. al-Fatihah..
SUARA ALAM.

No comments: