Friday, March 25, 2011

pemimpin dan yang dipimpin?

QIADI:Dalam bahasa arab, qiadi berasal dari kalimah "qawada", bermakna orang yang memimpin orang lain, atau driver .Dalam terjemahan biasa, qiadi bermakna, kepimpinan.pemimpin adalah lumrah. Semua manusia memimpin, sama ada dia orang besar, atau orang kecil.Dalam lingkungan negara, pemimpin itu bernama PM; keluarga, namanya bapa; anak-anak, namanya ibu.Seseorang itu akan memimpin dirinya sendiri. pimpin diri daripada mengikut hawa nafsu.
Sabda Nabi SAW "Setiap kamu adalah pengembala; akan ditanya/dipertanggungjawabkan terhadap gembalaan kamu. Pemimpin itu adalah pengembala, dan dia akan dipertanggungjawabkan berkenaan rakyatnya. Seorang lelaki itu adalah pengembala untuk ahlinya, dan dia akan dipertanggungjawabkan berkenaan rakyatnya. Perempuan itu adalah pengembala di rumah suaminya, dan dia akan dipertanggungjawabkan berkenaan rakyatnya. Khadam itu adalah pengembala terhadap harta tuannya, dan dia akan dipertanggungjawabkan berkenaan rakyatnya "

Kenapa perlu dipimpin?
Pertama, fitrah manusia ini mahu berkumpul; buat geng, team, group dan sebagainya. Justeru, geng, team, group itu hendaklah tidak tersasar dari lingkungan fitrah, maka islam datang menerangkan bentuk jemaah yang sepatutnya dibina oleh manusia; jemaah islam.
Kedua, memandangkan manusia mempunyai hawa nafsu, menyebabkan kadangkala mereka tersasar. Maka, setelah pembinaan jemaah islam itu tidak terkeluar dari maksud jemaah islam, maka perlu ada ketua yang memimpin jemaah tersebut.
Ketiga, kewujudan sesuatu jemaah adalah untuk mencapai matlamat keredhaan Allah, dan mencapai kejayaan dalam mendaulatkan islam. Pemimpin perlu mempunyai kebijaksanaan dalam mengemukakan pendapat dan ijtihad bagi mencapai kemenangan; islam diterima, bukan ditolak.
JUNDI
Jundi bermakna tentera/askar. Orang yang menjadi askar, adalah orang akur dan ikut sesuatu arahan. Jundi yang kita nak bina adalah adalah jundi yang boleh meninggikan kalimah Allah. Usaha meninggikan kalimah Allah ini, dengan beberapa perkara, iaitu [a] berdakwah ; melahirkan da'i, [b] berjihad; mujahidin. Jundi perlu mempunyai kepandaian dalam menilai sesuatu arahan. Arahan yang diterima pakai, hendaklah arahan yang mengandungi kemaslahatan, tanpa melahirkan kemudharatan.Tiada ketaatan dalam arahan yang bersifat memudharatkan. Ini disandarkan kepada satu kisah yang berlaku pada zaman Nabi SAW, ketika melantik seorang lelaki ansar untuk menjadi ketua.
Baginda SAW menyuruh semua tentera taat dengan perintah dan arahannya.
“tidakkah baginda SAW menyuruh kamu semua taat kepadaku” katanya kepada semua tentera.
“benar” jawab mereka.
“kamu hendaklah himpunkan kayu untukku” arahnya.
Semua tentera menghimpunkan kayu.
”Kamu nyalakan api” perintahnya lagi.
Maka semua tentera nyalakan api pada kayu tersebut.
”kamu hendaklah terjun ke dalam api itu” perintahnya lagi. Tetapi, kali ini perintah itu difikirkan balik oleh para tentera.Ada sebilangan yang lain mahu taat, tetapi dihalang oleh pihak yang lain. Mereka semua lari daripadanya, terus kepada Rasulullah SAW. tindakan para tentera tersebut, menyebabkan lelaki tersebut marah.
Kejadian itu sampai kepada pengetahuan Nabi SAW, menyebabkan baginda SAW bersabda;
Maksudnya;”Kalau mereka masuk ke dalamnya (api), pasti mereka tidak akan keluar daripadanya sehingga hari kiamat. Ketaatan itu, hanya dalam perkara ma’ruf ”

ADAB-ADAB DENGAN PEMIMPIN
Ummat Islam bukan sahaja diperintahkan supaya taat kepada Allah dan rasul tetapi diperintahkan juga taat kepada pemimpin.Firman Allah SWT: Maksudnya: wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan pemimpin dikalangan kamu (An-Nisa’ 59)
Pendokong gerakan Islam mestilah beradab apabila berhadapan dan memperkatakan sesuatu terhadap pimpinan tertinggi.Diantara adab-adabnya ialah :
1. Mentaati pimpinan: Ahli gerakan islam mestilah taat kepada setiap arahan pimpinan yang tidak bercanggah dengan ajaran islam.Sabda Nabi SAW maksudnya:Daripada Abu Hurairah R.anhu berkata, RasuluLlah SAW bersabda….Sesiapa yang mengingkari pemimpin maka sesungguhnya ia mengingkariku. (H.R Muttafaq Alaih).
Apabila arahan yang dikeluarkan oleh pimpinan tidak dipatuhi oleh ahli-ahlinya, maka itu petanda ahli-ahli tidak merasa bertanggungjawab terhadap jemaah.Enggan taat kepada pimpinan bermakna setuju dengan kehancuran islam. Tidak ada islam melainkan dengan adanya jamaah, tidak ada jamaah melainkan adanya ketua dan tidak ada ketua melainkan dengan adanya ketaatan(umar al khattab)
2. Menghormati dan menyayanginya: Menyayangi dan menghormati pimpinan adalah dituntut oleh islam.Sabda Nabi SAW Maksudnya:Daripada Abi Hamzah Anas bin Malik, Khadam RasuluLlah SAW, daripada Nabi SAW : Tidak sempurna iman seseorang dikalangan kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
3. Menjaga maruah :Kita digesa supaya menjaga maruah pemimpin, kerana mereka diamanahkan untuk memimpin kita.Firman Allah SWT: maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain.(Al-Hujurat 11)
4. Memberi kerjasama : Ahli perlu bekerjasama dengan pimpinan didalam melaksanakan tugas, kerana pimpinan tidak akan mampu menyempurnakan tugas mereka tanpa kerjasama dari ahli bawahan mereka.Firman Allah SWT: Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam membuat kebajikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan (Al-Maidah 5:2)
5. Memberi teguran melalui saluran tertentu : Pemimpin yang melakukan kesilapan perlu diberi teguran secara berhikmah. Sabda Nabi SAW:Maksudnya: Daripada Abi Ruqayyah Tamim bin Aus Ad-Darimi R.anhu, Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Agama itu nasihat. Kami bertanya: Kepada siapa?Baginda SAW menjawab:Kepada Allah, kitabnya,rasulnya dan pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan orang-orang yang mereka pimpin. (H.R Muslim)
6. Menziarahi : Menziarahi pemimpin adalah penting sebagai tanda sokongan dan hormat kepada pimpinan.Sabda Nabi SAW:Maksudnya: Daripada Abi hurairah R.anhu berkata, RasuluLlah SAW bersabda: “Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya pada jalan Allah,nescaya dua orang memanggilnya bagus kamu, bagus perjalananmu dan kamu telah menyediakan tempat disyurga.
7. Memberi sumbangan : Sumbangan dalam bentuk buah fikiran dan tenaga perlu diberikan kepada pemimpin dalam membangunkan jemaah atau Negara seperti idea Salman Al-Farisi didalam peperangan khandaq, manakala para sahabat pula memberi sumbangan yang berbentuk harta dan penglibatan mereka dalam menggali parit.
TIDAK BERADAB DENGAN PIMPINAN
Kesan daripada ahli tidak menghormati pimpinan menyebabkan :-Mendapat kemurkaan Allah.-Memburukkan imej jemaah- Melemahkan semangat pemimpin untuk menjalankan tugas dengan cemerlang-Menggagalkan perancangan yang dibuat oleh pemimpin untuk kebaikan jemaah. SEMOGA SELEPAS INI TIDAK ADA LAGI KECAMAN YANG MELAMPAU TERHADAP PIMPINAN BILA SESUATU PERKARA BERLAKU. KITA SEMUA MAMPU BERSATU DALAM MENCARI JALAN PENYELESAIAN DAN MERUJUK BILAMANA ADA MASALAH.
TAKHBIR!

No comments: