Thursday, April 21, 2011

1 lagi dari SM...




assalamualaikum, apa khabar iman sahabat2 sekalian? moga2 kita semua terus bersyukur dengan nikmat iman dan islam yang diberikan yang Maha Esa kepada kita ini.Dalam ayat kedua surah al-Mulk, Allah berfirman yang bermaksud: "Dia (Allah)yang mencipta kematian dan kehidupan bertujuan untuk menguji siapakah di kalangan kamu yang paling amalannya." Ayat ini menunjukkan, bahawa setiap daripada kita tidak terlepas atau dibiarkan begitu sahaja tanpa diuji oleh Allah, ia tidak lain adalah untuk mengetahui kebenaran iman kita kepada-Nya atau sebaliknya, hakikat ini telah
disingkap oleh Allah menerusi ayat 2-3 surah al-Ankabut yang bermaksud: “Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan berkata, kami beriman kepada Allah,
sedangkan mereka tidak diuji lagi. Sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka semata-mata untuk mengetahui mereka benar-benar beriman atau mereka berdusta untuk beriman kepada Allah.” Tetapi kenapa manusia diuji, apakah hikmah atau rahsia di sebalik ujianyang diterima? saya mengajak sahabat2 sekalian untuk muhasabah semula sebagai permulaan hari yang indah indah ini.

sebenarnya entry kali ini adalah nk tunjuk sedikit aktiviti majlis solat hajat dan juga bacaan yasin sempena minggu peperiksaan di kampus KAL ini. perlaksanaan solat hajat tersebut adalah dilakukan sepanjang minggu peperiksaan.sudah semestinya aktiviti mcam ini dianjurkan oleh badan yang senantiasa akan meneruskan dakwah islami di kampus ini iaitu sekretariat masjid (SM). majlis yang mana di mulakan dari jam 5 petang dengan dibuat sedikit pengisian kuliah yang bertajuk "dari mana hendak ke mana". tapi, tidak sempat pula saya nak turut serta kerana mendapat panggilan ke bandar untuk mengambil seorang sahabat. aktiviti diteruskan lagi dengan solat hajat dan juga bacaan yasin beserta tahlil selepas solat maghrib berjemaah. aktiviti kemuncakmajlis tersebut adalah perasmian program solat hajat ini iaitu selepas solat isyak. perasmi tersebut adalah ust.Fazri dari BAHEIM. presiden SM iaitu saudara Faris B.Abdullah turut mengambil peluang berucap pada majlis tersebut sebagai wakil saf2 kepimpinan SM. Beberapa nasihat juga yang boleh diambil ikhtibar dari ucapan beliau. sebelum majlis dilabuhkan, gimik pemberian kismis buat iaitu penyerahan oleh ust fazri kepada presiden SM. air mineral dan juga kismis telah diedarkan kepada warga kampus KAL pada malan itu sebagai salah satu usaha dakwah kepada masyarkat kampus.teruskan memberi wahai penggerak dakwah islam kampus KAL...
(presiden SM berbaju melayu putih)
kehadiran mahasiswa yang ramai untuk majlis ini..maaflah tidak dpat masukkan gambar mahasiswi ;)

NIAT SOLAT HAJAT

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selepas membaca al-Fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca Ayat Qursi sementara pada rakaat kedua pula dibaca Surah Al-Ikhlas. Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini... kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.
"Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.

rasanya ini saya yang dapat saya kongsikan untuk ruangan kali ini. moga ada kesempatan wktu untuk saya terus bertinta di sini. marilah sama2 kita mencari redha Allah agar hidup ini senantiasa diberkati I'Allah. wallahu'alam.
-SUARA ALAM_

No comments: