"Tidak Aku menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku." (Adz-Dzaariyaat: 56)
Wednesday, January 4, 2012
ASAL USUL API..SUBHANALLAH..
Diriwayatkan bahawa Rasululallah
pernah menceritakan betapa asalnya
kejadian api di dunia ini. Setelah
nabi adam dihantar ke dunia kerana
kesalahanya memakan buah larangan maka
Allah swt telah memerintahkan
Jibril as supaya mengambil api dari
neraka untuk dihantar ke dunia
untuk kegunaan nabi adam as. Maka
jibril as pun diperintahkan untuk
meminta api tersebut daripada malaikat
penjaga api neraka iaitu
Zabaniah.
Jibril : wahai zabaniah. Aku
diperintah untuk mengambil sedikit api
neraka untuk dihantar ke dunia bagi
kegunaan adam as.
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril : sebesar kurma...
Zabaniah : kalau sebesar buah kurma
api neraka itu engkau bawa nescaya
akan cairlah tujuh lapis langit dan
tujuh lapis bumi akibat
kepanasanya.
Jibril : kalau begitu berilah aku
sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah : kalau sebesar separuh buah
kurma api neraka ini engkau
letakan di dunia nescaya tidak akan
turun walaupun setitik hujan dari
langit dan tidak ada suatu pun
tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini
maka jibril as pun menghadap Allah
untuk mendapatkan saiz yang perlu di
hantar ke dunia. Allah swt pun
memerintahkan supaya jibril mengambil
sebesar ZARAH sahaja dari api
neraka untuk dibawa ke dunia. Maka
jibril as un mengambil api neraka
sebesar zarah dari zabaniah tetapi
oleh kerana kepanasan yang
keterlaluan api neraka sebesar zarah
itu terpaksa di sejukan dengan
mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam
sungai di syurga dan sabanyak 70
buah sungai. = 70 tak 70
Selepas itu jibril as pun membawa api
itu turun ke dunia dan
diletakan diatas sebuah bukit yang
tinggi. tetapi sejurus setelah
diletakan tiba-tiba bukit itu terus
meleleh cair maka cepat-cepat
jibril mengambil semula api tersebut
dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang
terdapat di dunia ini seperti api yang
sering kita gunakan untuk berbegai
keperluan dan juga api yang terdapat
di gunung berapi dll lagi.
PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan
api neraka yang sebesar zarah yang
terpaksa disejukan dalam 70 buah
sungai dengan sebanyak 70 celup setiap
sungai dan hanya sisanya saja itupun
manusia tidak dapat bertahan
akan kepanasanya bagaimana dengan api
di neraka itu sendiri. SEBESAR
ZARAH SAHAJA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment