Showing posts with label Mahasiswa akan terus bersuara.... Show all posts
Showing posts with label Mahasiswa akan terus bersuara.... Show all posts

Thursday, March 10, 2011

AUKU



Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya.[1] Akta ini dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995.

Mengongkong pelajar

Menurut Abdullah Haji Abdul Karim, Pengarah, Jabatan Pembangunan Mahasiswa Dewan Pemuda PAS Pusat dalam kenyataan rasmi dalam laman Harakah Daily berkata meskipun di dalam mukadimah AUKU 1971 jelas memperuntukkan bahawa AUKU adalah bertujuan untuk to provide for the establishment, maintenance and administration of University and University Colleges and for other matters connected therewith, tetapi kita melihat bahawa banyak peruntukan di dalamnya, terutamanya seksyen-seksyen baru yang dimasukkan selepas pindaan pada tahun 1975 yang dibentangkan oleh Menteri Pelajaran waktu itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Akta Pindaan A295, seperti Seksyen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C dan lain-lain yang jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang. Matlamat utama[2]terhadap pindaan yang dibawa dalam tahun 1975 tersebut yang kekal sehingga kini ialah menghalang:

penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, dan
penggabungan di antara badan-badan pelajar.

Antara beberapa peruntukan di dalam AUKU dan juga Kaedah-Kaedah Tatertib Pelajar (merupakan undang-undang kecil yang mengandungi semua peruntukan berkaitan dengan tataertib pelajar-pelajar dan dikuatkuasakan secara seragam di semua IPTA) dimana kaedah ini digubal oleh Lembaga Pengarah Universiti melalui perwakilan kuasa (delegated power) yang diberikan oleh Seksyen 16C (2 / 1) AUKU 1971, yang berlawanan dengan hak asasi manusia serta bersifat menindas dan perlu dipinda atau dimansuhkan segera ialah:

Di dalam Kaedah-Kaedah Tatatertib Pelajar yang digunapakai di kesemua IPTA di negara ini dan juga praktis yang menjadi amalan kebanyakan IPTA, bidangkuasa berkenaan dengan hal-ehwal tatatertib pelajar adalah diwakilkan oleh oleh Naib Canselor/Rektor sesebuah universiti kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang kemudiannya akan membentuk Jawatankuasa Tatatertib Universiti/Pihak Berkuasa Tatatertib Universiti. Merujuk kepada AUKU sendiri dan juga Kaedah-Kaedah Tatatertib Universiti, kuasa Jawatankuasa Tatatertib ini adalah amat luas dengan meliputi kuasa
menyiasat,
menjalankan pendakwaan,
mendengar kes tatatertib dan menghakimi kes tersebut dan
membuat keputusan serta menjatuhkan hukuman sekiranya pelajar yang dipertuduh itu didapati bersalah.

Beliau menekankan bahawa perkara ini amatlah bertentangan dengan rules against bias yang menjadi tonggak utama kepada prinsip keadilan semula jadi (natural justice) yang menjadi dasar utama kepada mana-mana badan pengadilan termasuklah mahkamah atau pun mana-mana tribunal. Tidak ada jaminan pelajar yang dipertuduh oleh Jawatankuasa Tatatertib tersebut akan mendapat perbicaraan yang adil oleh kerana komposisi Jawatankuasa Tatatertib adalah terdiri dari orang yang sama yang menjalankan segala kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang. Peruntukan ini juga bertentangan dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata di sisi undang-undang dan hak sama rata untuk mendapat perlindungan undang-undang.

Tidak terdapat pun sebarang peruntukan samada di dalam AUKU mahupun di dalam Kaedah Tatatertib Pelajar yang memberikan hak kepada pelajar yang didakwa di hadapan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar untuk mendapatkan khidmat seorang Peguambela dan Peguamcara bagi mewakilinya di dalam perbicaraan tersebut. Sedangkan bagi kakitangan universiti termasuk pensyarah yang turut di dakwa atas suatu pertuduhan tatatertib, mereka dibenarkan untuk diwakili oleh seorang peguam berdasarkan peruntukan di dalam Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000. Diskriminasi ini adalah bertentangan dengan Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan manakala penafian hak untuk diwakili oleh seorang peguam (right to counsel) adalah melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. AUKU sepatutnya dipinda bagi memasukkan peruntukkan yang membenarkan seseorang pelajar diwakili oleh peguam pilihannya sendiri jika dia dibicarakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Universiti.

Seksyen 15D pula menjadi ancaman utama kepada pelajar, terutamanya kepada pelajar yang sedang dipertuduh di bawah sebarang kesalahan jenayah diluar, di mana pelajar terbabit hendaklah digantung pengajian hinggalah kesnya selesai. Peruntukan ini jelas berlawanan dengan prinsip ‘a man is innocent until proven guilty’ kerana pelajar terbabit telahpun ‘dihukum’ sedangkan kesalahannya belum dibuktikan lagi. Jika didapati bersalah pelajar terbabit secara automatik akan dipecat dan sekiranya didapati tidak bersalah, akan diterima kembali untuk menyambung pengajian. Tetapi kita semua maklum bahawa sesuatu kes di mahkamah akan memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan. JPMDPP berpendirian peruntukan Seksyen 15D ini sepatutnya dimansuhkan serta merta.

Berdasarkan kepada Kaedah Tatertib Pelajar-Pelajar, mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan boleh dikenakan mana-mana satu atau gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai yang berikut, iaitu:
amaran;
denda;
dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
dipecat dari universiti.

Apa yang menjadi masalah, peruntukan ini adalah umum dan ia tidak menentukan urutan hukuman yang mesti diikuti. Bentuk hukuman yang hendak dijatuhkan adalah berdasarkan kepada budibicara Jawatankuasa Tatatertib tanpa dipandu oleh apa-apa peraturan tertentu. Oleh sebab itu soal kesetimpalan (proportionality) juga boleh dipertikaikan di mana dalam beberapa kes, terdapat pelajar yang terus dikenakan hukuman dipecat dari universiti meskipun didapati bersalah melakukan kesalahan kali pertama dan kesalahan tersebut bukanlah kesalahan yang besar seperti jenayah rompak ataupun rogol.

Saturday, January 16, 2010

Suara mereka..

"Dan jika kamu mehghitung nikmat Allah,nescaya kamu tiddak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(aan-Nahl:18)

Adakah anda mengabaikan apa yang ada di sekeliling anda, pada diri anda sendiri dan dari masa ke semasa anda selalu disirami oleh hujan rahmat seperti di bumi KAL sekarang dan nikmat dariNya? Saya mengajak diri saya sendiri dan sahabat semua untuk muhasabah diri semula tentang nikmat ilahi ini.Mampukah kita semua menghitung segala nikmat yang diberikan kepada kita selama ini. Cubalah kita menghitung nikmat yang mana Allah SWT berikan kepada kita selama ini sejak dari pagi hari di saat anda semua bangun tidur dan saat anda hendak tidur.Adakah kita semua mampu menghitung segala rahmat yang yang diberikan selama ini? Kalau anda memang boleh,maka cuba lakukan!

"Maka nikmat Tuhan yang mana lagi hendak kamu dustakan?(ar-Rahman:13)

Syukur kehadrat ilahi semalam telah selesai 1 majlis perkongsian ilmu yang dijalankan di DK Alpha.Alhamdulillah,sambutan dan kerjasama daripada mahasiswa sendiri agak memberangsankan tidak kira dari siswa mahupun siswi.
Ini menunjukkan mereka mempunyai semangat yang tinggi dalam menjuarai perbincangan isu-isu yang ada tidak kira isu yang lama untuk dipanaskan semula mahupun isu baru. Di majlis semalamlah tempat yang paling sesuai untuk mahasiswa membicarakan isu,mengutarakan pendapat,mencadangkan idea-idea sebagai pemimpin ganerasi masa hadapan dan pelbagai kelebihan yang mampu diraih dalam majlis semalam. Hanya beberapa isu yang cuba dibahaskan dan dikongsi bersama-sama pertamanya adalah isu air di kampus UMSKAL ini yang mana tidak lagi ada kesudahannya.Rasanya inilah isu yang amat menarik pandangan mahasiswa dalam majlis tesebut.Mana tidaknya,mahasiawa di sini bagaikan dianaktitikan berbanding kampus lain termasuklah di kampus induk iaitu di UMS Kota Kinabalu.Ada hamba Allah meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan mengatakan pelajar di kampus induk boleh mandi sambil menyanyi membiarkan air terus mengalir,sedangkan mahasiswa di sini juga menyanyi mengenangkan nasib hariannya yang terpaksa mengkut air dari tangki yang jauh dan menaiki anak tangga ke tingkat 4.isu kedua adalah isu sisrer in islam(SIS) dan ketiga mrupakan isu perundangan Malaysia.Sememangnya ketiga-tiga tajuk ini dibahaskan dengan begitu menarik sekali.

Insya'Allah pada masa akan datang akan lebih banyak aktiviti seperti ini akan dijalankan kerana kita perlu tahu,mahasiwa perlukan tempat untuk bersuara dan melontarkan pandangan mereka.Daripada peringkat saya sendiri.jutaan terima kasih kepada semua siswa dan siswi yang telah datang semalam. Tidak dilupakan juga kepda semua ajk pelaksana yang banyak meluangkan masa bersama untuk melancarkan perjalanan majlis walaupun ada yang baru balik dari program lain di luar kampus.

Salam Perjuangan...