There was an error in this gadget

Monday, October 19, 2009

Bahasaku...

Kerajaan tidak akan kembali kepada PPSMI: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited tidak akan kembali kepada dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana dasar baru iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah selaras dengan keperluan negara untuk martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ke arah usaha itu, kementerian tidak lagi menoleh ke belakang meskipun terdapat rayuan dan desakan supaya PPSMI diteruskan, namun kerajaan tidak mampu memenuhi permintaan semua pihak. "Sebaliknya pandangan yang disuarakan diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan dasar (MBMMBI) berkenaan," katanya menjawab soalan tambahan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) yang ingin tahu apakah jaminan kerajaan untuk memastikan dasar baru tidak berubah kepada dasar lama.
Selain itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata bagi mengelakkan timbulnya permasalahan kepada dasar MBMMBI seperti mana yang terjadi kepada PPSMI, kementerian menetapkan tahun 2012 sebagai tahun pelaksanaan selepas segala persiapan disediakan. "Tujuan kita untuk dilaksanakan pada 2012 ialah untuk membuat persiapan penting kerana pengalaman waktu kita melaksanakan PPSMI dulu, tempoh untuk pihak kementerian buat persiapan ialah enam bulan. Oleh sebab itulah pelbagai masalah timbul antaranya menyediakan sejumlah guru yang mencukupi. - Bernama

No comments: