Monday, October 26, 2009

Tarik...



Assalamualaikum W.B.T
. Alhamdulillah hari ini ada sedikt perkongsian la untuk dikongsi bersama. Tengah hari tadi ana keluar ke bandar untuk gunting rambut, bukannya nk sambung misi sebelum ni la. Ana sampai kt UK pun dh masuk waktu solat zohor, so terus pergi "date" kt surau dalam uk dlu la.Kalau dilengahkan confirmlah lewat la ana sembahyang nanti. Biasala kalau dh nama manusia biasa ni tak terlepas dari kelalaian. untuk elakkan dari terus lalailah ana terus g solat. Awalkan solat ni la merupakan salah satu pengurusan masa yang boleh kita semua cuba istiqamahkan.Cuba kita didik diri kita semua ni untuk menunaikan solat dalam awl waktu. Ana tahu kita semua ni ada banyak kerja nak di buat,
tapi cubalah sdiakan ruang waktu untuk kita berhnti buat kerja tersebut dan megerjakan solat apabila masuknya waktu. Ini merupakan pesanan untuk penulis ini juga yang mana seringkali lewat dalam menunaikan solat bejemaah dan juga peringatan bersama.Apa yang ana cuba nak sampaikan atau kongsi ini ini bukanlah tentang solat pada awal waktu, tapi mengenai cara bagaimana nak tarik orang/masyarakat kampus untuk mengimarahkan masjid bilamana adanya majlis ilmu mahupun menghadiri solat berjemaah.Ana cuba ambil contoh terdekat la, Masjid Al-Hikmah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.Tahu ka? Sapa yang taktau di mana lokasi masjid ni ana memang tak rasa hairan dan pelik la.Mungkin sebab itu lah masji ini hanya dihadiri beberapa golongan tertentu sahaja..Masji ini dah nampak macam muzium perang la sekali pandang.2 kali pandang dah macam...masjid la,ap lagi,hahahaha.kenapa la ana memilih masjid ini untuk dijadikan contoh terbaik?Sebabnya dah ada depan mata la buktinya.Hanya ada beberapa orang hamba Allah ja yang selalu pergi berjemaah di sana.Mungkin faktor cat masjid yang dah luntur dan lantainya yang dah macam ada lubang rahsia la menyebabkan kurangnya orang nak berjemaah di situ.Mungkinla kan...So macam mana la nak tarik semula, nak pikat,nak tackle nak ap lagi la agar dapat lihat semula kehadiran hamba Allah ni yang mana mengaku dirinya ISLAM.Ea la,tak salah pun nak solat di bilik, tapi dah ad kemudahan seperti masjid ini gunakanlah.Bukannya jauh pun. Tapi,yang mana lebih banyak pahalanya @ ganjaran yang di beri Allah S.W.T apabila kita solat berjemaah di masjid ka berjembalang di bilik?Renung2,fikir2..Tak nak bersangka buruk la,sebab ada yang kata nk berdakwah dalam bilik untuk orang dekat dengannya.Erm...truskan lah. Selepas solat kat surau uk td sempat la ana ikuti dan luangkan masa dalam 10 minit untuk mendengar tazkirah ringkas dari Uztaz Ahmad yang mana kebetulan menjadi imam solat zohor tadi.Macam ngam la plak dengan masjid di kampus sekarang.Ana sentuh sedikit la isi yang disampaikan td. Bagaimana nak tarik orang datang masjid? Ustaz pun bagi la 1 contoh. Cuba lah kita ikut cara Nabi Ibrahim dlu. Baginda sebelum nak sampaikan sesuatu atau dlam majlis ilmu pasti akan adnya makanan disediakan.Ermmm..napa la ea? Katanya orang sekarang ni klu ada makanan ja mesti boleh punya lah datang masjid. Betul gak.Baru teringat waktu bulan puasa ari2. Ramai betul sahabat dan saudara dalam kampus datang masjid. Sebabnya ada makanan disediakan untuk waktu berbuka puasa. Alhamdulillah la,dapt gak kenal2.Kalau sebelum ni ad yang tak pernah nampak pun kat kampus ni. Adanya makan disediakan maka adlah orng kt masjid ni. Makanan bolehlah dijadikan salah satu strategi untuk menarik sahabat2 kita untuk datang masjid.Wlupn dtang kerana adnya makanan, sekurang-kurangnya dia tahu bahawa adnya masjid di kampus dan tahu di mana lokasi Masjid Al-Hikamah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan
Rasanya sekadar itulah coretan yang dpat dibuat kali ini, nak pergi bersiap untuk pergi "date" pula lepas ni. Harapnya kita hidup ni prlulah saling ingat-mengingati ke jalan yang diredhai Allah.
Firman Allah S.W.T
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tentram dengan mengingati Allah, ingatlah, hanya denghan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."(Ar-Ra'd:28)

No comments: