Friday, November 13, 2009

Menanti Sinar...


(kepada mujahid/ah hayatilah lagu ini semoga kita ingat semua kebersamaan kita sebelum ini)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Allam, selawat dan salam ke atas junjungan besar, nabi Muhammad S.A.W, ahli keluara baginda, para sahabat baginda dan seluruh pejuang-pejuang yang meneruskan mata-mata rantai perjuangan dalam menegakkan agama islam di serata dunia, insya'Allah.
Syukur kehadrat ilahi kerana memberi ruang kesempatan untuk terus berbicara di dalam SUARA ALAM ini. Diri ini akui sememangnya masa yang ada sekarang amatlah singkat tempoh waktunya untuk kita gunakan dalam kehidupan seharian. Namun,hanya dengan ada pengurusan masa yang baik mampu mencorakkan kehidupan ini dengan baik. kali ini
mencuri sedikit masa untuk berkongsi apa yang patut. Hati kecil ini sering tertanya-tanya,apakah jenis pentarbiyyahan mayarakat kampus yang sesuai dibawa di sini. Semakin hari ramai yang mengeluh dalam mana dahulunya berjanji untuk sama-sama menegakkan dan menampakkan suasana islam dalam kampus ini. Ana masih lagi tidak dapat jawapan yang tepat ketika ini. Semakin hari semakin ramai pula yang cuba bergurau untuk nak rehat dalam hidup ini. Tidak pastilah sama ada lontaran idea dan kata itu hanya gurauan mahupun sememangya luahan hati mereka.Sememangnya hati kecil terasa berat untuk melihat andaikata gurauan tersebut betul-betul terjadi nanti.Tapi alhamdulillah masih ada yang mahu keadaan ini dijernihkan semula sebabnya sahabat ana masih seringkali datang berjumpa ana sebabnya nak brbincang mengenai masalah ini dan merancang pelbagai strategi untuk membantu. Kepada enta,ana respect la semangat yang ada pada enta sekarang dan istiqamahlah diri. Apa yang terjadi sekarang ana boleh katakan sebagai satu tarbiyyah diri yang perlu ana cuba selesaikan dengan cara yang terbaik.Segalanya ana jadikan sebagai satu titik tolak permulaan ujian dari Maha Pecipta kepada hamba yang banyak melakukan dosa kepadaNYA sebelum ini. Mungkin ini merupakan secebis balasan dunia kepada ana atas kejahilan ana sebelum ini yang mana banyak melakukan dosa kepada makhluk tidak kira jauh mahupun dekat dan apatah lagi terhadap yang Maha Berkuasa segalanya ini. Tapi ana diri ini masih mengharap cahaya gerakan tarbiyyah akan kembali terang pada semester depan. Mungkin ketika ini banyak kesulitan dan sedikit kekeliruan yang bermain di fikiran yang lain. Tambahan pula bulan peperiksaan masih lagi berlangsung dan insyaAllah minggu hadapan adalah minggu terakhir peperiksaan. Semuanya menjadi salah satu ujian yang perlu diharungi dengan redha. Apapun kepada semua rakan perjuangan bangunlah kembali membina kekuatan dalam menempuhi ujian. InsyaAllah bumi KAL akan disuluh dengan cahaya Islam.

"Dan bersabarlah bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya dari pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka(kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang hatinya telah Kami lalaikan daripada mengingati Kami dan menurut hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas" (Al-Kahfi:28)

No comments: