Tuesday, November 17, 2009

Soalan...

Assalamualaikum kepada antun/na sekalian. Ketika mana saat ini sudah ramai adik2 dan sahabat lain dh pulang ke kampung halaman, kita teruskanlah perjuangan di bumi KAL ini.
Esok masih ada lagi 1 kertas terakhir untuk peperiksaan semester ini. Namun ingin sekali ana berkongsi dengan antum semua apa yang ana dapat arini. Ruangan kali ini hanyalah sedikit perkongsian ilmiah untuk dibawa kita semua renung bersamaSaya terjumpa artikel ini dan patut juga dikongsi... ianya disertai dengan ungkapan yang selalu disebut/difikir namun kita tidak tahu sebab-sebabnya berlaku... selepas ungkapan itu diselitkan dengan ayat-ayat al-Quran yang berkenaan. Semoga hidup kita lebih indah dan mengerti serta menjadi petunjuk atas setiap apa yang kita hadapi.

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telahmenguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan mmberikan syurga untuk mereka... ...
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Rasanya, sekadar ini sajalah apa yang ana mampu ‘posting’ untuk ruangan kali ini. Perjuangan belum selesai…bangun dan teruskan menyambung mata-mata rantai dalam perjuangan.Takhbir!!!

No comments: