Friday, February 12, 2010

oh kekasih...

Assalamualaikum W.B.T
Remaja Islam Wajar Menghindari Sambutan Hari Kekasih
AMALAN untuk meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine’s Day) setiap 14 Februari amat bercanggah dengan syara’ kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama Kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak.

Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh unsur maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas.

Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.

Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005.

Valentine’s Day:
Kebanyakkan masyarakat khususnya ganerasi muda pada hari ini,hanya mengikut apa sahaja yang datang dari barat tanpa mahu mempersoalka n sama ada valentine’s day wajar disambut ataupun tidak. Sebenarnya valentine’s day mempunyai hubungan rapat dengan sejarah,tradisi dan ajaran kristian. Terdapat tiga pendapat mengenai isi-isu ini:

1) Valentine’ Day bermula semasa pemerintahan empayar rom iaitu dengan menetapkan 14 februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepadadewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnyaiaitu pada 15 februari bermulanya pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi Rom di mana pada malam pesta tersebut nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang majlis berlangsung.

2) Pendapat kedua menyatakan pada 14 februari 270 masihi st.valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan raja romawi yang diperintah oleh Raja Caudius 2 (268-270M).Pada waktu itu Raja tersebut telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangankerana Rom terlibat dengan peperangan. Menyedari hakikat itu,st.valentine dan st.Marius telah mengahwinkan orang-orang kriatian dengan pasngan mereka secara rahsia. Akibatnya,St.Valentine telah ditangkap dan diheret,yang akhirnyadihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 februari Bagi memperingati sebagai symbol ketabahan,keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup,maka 14 februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St.Valentine sebagai upacara keagamaan.

3) Pendapat lain mengatakan valentine day diambil dari nama seorang paderi berpengaruh pada zaman Ratu Isabella dari sepanyol iaitu kedudukannya kedua tertinggi selepas pope.Apabila st.valentine menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol Berjaya tumpaskan kerajaan islam,timbul kegemparan rakyat cordova kerana st.valentine merupakan seorang paderi katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal protestan lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.Tindakan tersebut membuatkan ratu Isabella murka lalu memenjarakannya. Ratu menetapkan 14 februari sebagai Hari Kekasih untuk St.Valentine sendiri.

No comments: