Tuesday, May 4, 2010

lambaian desa permai


Assalamualaium WBT

Segala puji dan puja dipanjatkan kehadrat ilahi,selawat dan salam kepada rasul junjungan , Nabi Muhammad SAW.Semoga kita senantiasa berada dibawah naungan rahmatNya.

Ketika mana entry kali ini dinukilkan,terasa semakin sunyi kampus KAL ini. Mana tidaknya, kebanyakkan mahasiswa di sini sudah mula melangkah keluar untuk pulang bercuti di kampung halaman masing-masing. Awal pagi tadi pun baru sahaja makhluk tuhan ini pergi menghantar sahabat ke terminal feri. Memang terukir senyuman yang melebar la diraut wajah mereka.

Sebelum saya pula yang akan melangkah kaki pulang ingin sekali saya membawa sahabat-sahabat sekalian untuk kita sama-sama muhasabah diri ini. Selaku mahasiswa,janganlah sia-siakan cuti,masa cuti jugalah ruang waktu yang perlu dimanfaatkan untuk menambahkan ilmu dan memperbaiki segala kekurangan yang ada . ketika di rumah nanti janganlah lupa untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai anak kepada keluarga. Sebagai pelajar dan juga khalifah di muka bumi ini kita hendaklah saling ingat-mengingati sesama kita. Seperti firman Allah SWT dalam al-Quran,

“dan tetaplah member peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin”az-dzariyat,55.

Akhir tinta, pesanan ini adalah ditujukan kepada saya juga dan untuk muhasabah sahabat-sahabiah semua. Dikesempatan ini juga, saya selaku presiden Sekretariat Masjid (SM) sesi 2009/10, mewakili semua ahli persatuan ini mengucapkan selamat bercuti semester dan pulang ke kampung halaman masing-masing. Segala kekurangan yang ada pada semester akan kami semua cuba perbaiki segala kelompangan tersebut. Kerjasama mahasiswa dan mahasiswi sekalian yang mana telah banyak membantu SM amatlah dihargai. Selamat bercuti dan sampai ke destinasi yang dituju.
SALAM PERANTAUAN

SUARA ALAM

No comments: