Wednesday, July 28, 2010

anggaplah...





Rasullah SAW bersabda : " Jauhilah kamu
daripada sifat takbur. Sesungguhnya sifat takbur itu akan membawa keburukan dan keburukan itu akan membawa ke neraka" (HR Bukhari dan Muslim)
Takbur merupakan satu penyakit hati, oleh itu kita sebagai umat Islam hendaklah berusaha menghapuskan sifat ini.
Mari kita renungkan panduan yang diberikan oleh Hujahtul Islam Imam al-Ghazali dalam usaha kita mengikis sifat takabur dalam diri

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah
mereka lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak belum dibebani oleh dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula
anggaplah mereka juga lebih mulia dari kita
kerana lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia
lebih mulia kerana banyak ilmunya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan mereka sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa dengan orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

No comments: