Sunday, August 15, 2010

ramadhan...


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa" [Al Baqarah:183]

assalamualaikum wbt.

hampir sminggu kita smua berpuasa,moga-moga kedatangan ramadhan kali ini disambut dengan cara yang betul.saya mengajak diri ini dan juga sahabat perjuangan yang lain menyambut kedatangan ramadhan kali dengan lebih mendekatkan diri kepada allah swt,bukan sahaja menyambut tetapi menghayati bulan yang mulia ini.banyak perkara yang berlaku dalam yang mulia ini seperti perang Badar,nuzul quran,lailatul qadar dan lain lagi.

Mengikut sejarah dalam peperangan badar, kekuatan tentera Fisabillah ketika itu hanyalah 314 orang Muslim (ada juga sumber mengatakan 313 orang tentera) yang dipimpin oleh Baginda Rasulullah S.A.W termasuk 70 ekor unta manakala tentera kafir Quraisy pula berjumlah 3 kali ganda daripada tentera Islam iaitu 1000 orang, 600 pakaian perang, 100 ekor kuda, dan 700 ekor unta, dan persediaan makanan mewah. Berdasarkan perbezaan ketara ini, mana mungkin pihak Islam boleh memenangi pertempuran ini. Apatah lagi para tentera Islam yang dalam keadaan berpuasa, bisakah mereka untuk melawan pihak musuh yang begitu ramai.Akan tetapi, dengan barakah ibadat puasa, pertolongan dari Allah yang dijanjikan serta keyakinan dan kebijaksanaan Rasulullah dalam mencatur strategi peperangan, perang ini akhirnya memihak kepada Islam. maka kita tidak seharusnya berasa lemah dalam menghadapi apa jua cabaran dalam ramadhan ini.

sahabat/ah yang dikasihi Allah swt,

tidak banyak yang ingin diperkatakan dalam entry kali ini,cumanya sekali lagi insan lemah ini menyeru diri ini dan kalian untuk kita sama-sama menghayati bulan yang mulia ini. banyakkanlah amalan-amalan sunat kita moga-moga menjadi kekuatan rohani kepada kita. buangkanlah perasaan iri hati,buruk sangka,ujub,riak dan
yang sama waktu dengannya. di sini dahulu rasnya peringatan yang ingin dikongsi untuk kebaikan bersama.wallahu'alam.

No comments: