Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri


assalamualaikum WBT.

begitu cepat masa berlalu meniggalkn kita.bulan yang penuh dengan rahmat pun telah meninggalkan kita.begitu tesusun segala perancangan Allah SWT dalam merencanakan sesuatu. Ramadhan yang mana selama sebulan kita mentarbiahkn diri untuk bulan2 yang seterusnya telah melabuhkan tirainya. adakah kita sempat untuk bertemu kembali pada masa akan datang,sama2lah kita berdoa moga2 dipanjangkn umur kita.

Apakah yang kita telah kecapi selama tempoh masa tersebut? insan ini merasakan begitu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.moga2 bekal yang ada pada ramadhan kali ini mampu memberi kekuatan untuk teruskan mujahadah kepaNYA. segala maksiat kepadaNYA dan sesama makhluk diharapkan dapat di sifarkan kelak. dosa2 nan silam kuharapkan akan tertebus dengan pengampunan yang Maha Esa. sememangya diri ini tidak layak untuk meminta syurgaNYA,namun hamba yang banyak melakukan khilaf dalam kehidupan seharian ini sentiaa memohon jalan dan petunjuk pada Mu ya Rabbi.

detik demi detik Ramadhan kali ini memberi sebegitu banyak makna, terasa terelalu pendek Ramadha kali ini, begitulah yang saya rasai dan sahabat-sahabat lain rasai., hari ini adalah hari terakhir buat kita menghirup udara ramadhan , bulan mentarbiyyah diri kearah pendidikan jiwa yang terancang. Ramadhan adalah bulan kita mencari dan mengutip ketaqwaan, kasih sayang Illahi, pengampunan dosa dan seterusnya tejauh dari siksaan api neraka di akhirat kelak. semoga Ramadhan kali ini memberi kesan kepada kita di bulan-bulan yang lain. sayonara ramadhan!

dikesempatan yang ada ini,saya memohon ampun dan maaf kepada semua yang mana ada sekiranya melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya. saya juga mewakili pimpinan Sekretariat Masjid Al-Hikmah UMSKAL(SM) memohon maaf di atas kelompangan yang ada pada kami selaMA kami semua ditaklifkan selaku pimpinan SM. jazakallah..

SALAM AIDULFITRI,MAAF ZAHIR & BATIN.

No comments: