There was an error in this gadget

Sunday, August 29, 2010



Tuhan...
Telah ku sering terdengar
tentang kebesaran Bulan Ramadhan
Didalam alquran dan sabda junjungan
hanya aku yg sering melupakannya

Dibulan yg mulia ini
Laut penganmpunanMu tiada bertepi
Rahmat dan nikmatMu tiada terbilang
Syurga terbuka dengan seluasnya

Tuhan kusedari, kelemahan diri ini
Yang tidak istiqomah dalam beribadah
Ramadhan berlalu....ibadah pun berkurangan
Begitulah diriku yang sering kelalaian..
Semoga di Ramadhan kali ini..
Dapat ku perbaiki..kelemahan diri
Akan ku cuba mendidik nafsuku....
Agar subur kehambaanku terhadapMu

Lailatul Qadar akan menjelma
buat mereka yang menunggunya
Para malaikat merendahkan sayapnya
Meratakan rezeki untuk semua

Bimbinglah aku menuju jalanMu
Tingkatkan iman dan ketaqwaanku.....
Agar baktiku tetap padaMu
Biar pun Ramadhan telah berlalu


sahabat/ah yang saya hormati dan sayangi,marilah kita sama-sama muhasabah diri kita ini. sekarang kita sudah msuk ke fasa ramadhan yang terakhir. apakah yang kita peroleh sepanjang kita berpuasa ini,adakakah masih sama dengan yang sebelumnya?lebih teruk?ada peningkatan? sama-samalah kita renungi semula cinta kita semua kepadaNYA.

No comments: