Friday, November 19, 2010

pagi yang gelap..kini sudah terang.

assalamualaikum

kenapa la tetiba ja posting kali ni ada hal "pagi" pula.semalam aku posting mungkin tak mahu nak posting untuk beberapa hari. tapi semangat yang lain la pula yang membuatkan aku rasa nak bercinta depan laptop.nak tau sebab apa?haaaa...adalah sikit,tak ada apa pun cuma susuatu yang agak lama aku tak buat kot.ahhaha.

rasanya,lama dah aku tak keluar pergi jalan2 di bandar awal2 pagi. tapi hari ini aku dapat keluar menikmati dan menghirup udara segar di labuan di kawasan luar kampus. persoalannya,segar ke udara di labuan?haahah,insyaallah walaupun dikatakan tempat yang banyak air kencing syaitan(arak) dari air biasa,aku masih dapat meniknati udara yang nyaman di waktu pagi. iyala,wilayah yang nak membangun la katakan,buknnya "totally"maju pun. di sini masih lagi aku dapat lihat pokok2 mengijau yang menyegarkan mata aku ni.bunyi ombak pantai waktu pagi pun dah mamp[u buatkan aku cair la juga dengan labuan ni,alamnya la orangnya ada la juga,ahahah.

bercerita tentang labuan pula dah.biasala perasaan teruja masih kekal,belum pernah habis pun dengan pilau ni,walaupun ada sesetengah orang tak suka pun labuan ni,memandangkan pulau yang kecil dan tak ada apa2 yang menarik sangat pun terutamanya bagi orang yang suka sangat nak jalan2. tujuan sebenarnya aku ke bandar awal pagi hanyalah nak hantar sahabat ke terminnal feri. dua buah motor kami gerak ke bandar pagi ni.hanya dua orang saja la yang nak ke seberang(kk),dua orang lagi balik kampus la. aku sudah semestinya kena balik la,banyak lagi urusan yang perlu disiapkan.

semalam,aku punya teman di bilik hery yang juga merangkap naib presiden MPP UMSKAL(PRO-M) pun dah balik kampung,tapi kejap ja la,sebabnya ada majlis kenduri kahwin saudaranya.sehari dua lagi pulang semula la ke kampus ni,dia punya exam pun belum habis lagi takkan la nak terus stay kt kampung pula kan. sebelum dia nak gerak ke terminal tu,adala nampak poster mengenai peringatan tentang keselamatan mahasiswa/i di kampus di tangannya. di bahagia point yg paling bawah sekali rasanya ada la peringatan mengenai penunggan motosikal diminta untuk mengawal had laju semasa menunggang motosikal dan berhati2. makanya pagi ni aku akan ingat la semua tu,ingat orang tersayang la.lagi satu kena ingat la juga ajal maut Allah SWT yang tentukan,Dia lebih mengetahui segalanya. akhir2 ni banyak pula kemalangan jalanraya yang berlaku di labuan,di tempat lain pun lebih kurang ja kan.heehe. belum lagi berita yang melibatkan kes bunuh diri,di labuan juga,fuh,hari2 ada saja kes yang melibatkan kematian ni.

sebenarnya,segala yang kita semua dengar,lihat dan rasa ni ada hikmahnya. tak mustahil semua itu mungkin saja petanda awal ajal pun sudah dekat untuk menjemput kita ke alam seterusnya iaitu alam barzakh.muhasabah la juga untuk diri ini yang mana masih lagi bergelumang dengan maksiat dalam kehidupan seharia,nau'zubillah...
rasanya untuk entry kali ni,ini saja yang mampu aku coretkan,dah nak keluar pergi hantar sahabat la,apa lagi.hehe.nak memantau suara alam yang senantiasa membuatkan kita muhasabah semula cinta kita dengan yang Maha Pencipta. ada doa la untuk sababat sekalian iaitu doa naik kenderaan,SUARA ALAM.

No comments: