Tuesday, January 18, 2011

Mahasiswa bersedia urus PRK – Azril

UPM, 5.16 pm : Universiti Putra Malaysia (UPM), dalam satu kaji selidik terhadap mahasiswa berkenaan cadangan membenarkan mahasiswa menguruskan pilihan raya kampus sendiri mendapat undian berat menyatakan mahasiswa bersetuju dengan cadangan tersebut.

Daripada 724 respondan yang ditemubual, sebanyak 94.61% ataupun 685 bersetuju sementara hanya 5.39% atau 39 orang sahaja yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Kaji selidik yang diuruskan oleh Pengarah Strategik Pro-Mahasiswa universiti tersebut, saudara Muhammad Azril Alias dibuat adalah sebagai kesinambungan tuntutan mereka kepada pihak universiti untuk membenarkan pilihan raya kampus diuruskan oleh mahasiswa.

Menurut beliau, respondan yang bersetuju dengan idea tersebut menganggap sudah tiba masanya untuk mahasiswa diberi kebebasan menguruskan pemilihan wakil mereka.

Selain itu, mereka juga turut mempertikaikan kredibiliti pengurusan pilihan raya kampus yang dikatakan tidak telus selain pelbagai peraturan yang tidak munasabah diperkenalkan seperti yang dilaporkan akhbar Keadilandaily.

Sementara itu, pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya , Saudara Farid Jalpah berkata, keputusan undian tersebut menunjukkan satu paradigma baru dalam corak politik kampus.

“undian tersebut menunjukkan, mahasiswa di UPM sudah bersedia untuk menjadi satu kelompok yang lebihoptimisᅡᅠdalam menentukan masa depan negara. Kesediaan mereka untuk menguruskan pilihan raya kampus sendiri perlu dijadikan contoh oleh mahasiswa kampus lain.” Ujarnya.

Keseluruhannya, semua kampus sekitar Lembah Kelang telah mula hangat dengan suasana pilihan raya walaupun majoriti daripadanya masih belum mengetahui khabar bila tarikh sebenar pilihan raya kampus masing-masing. – Mahasiswakini.com
sumber:http://mahasiswakini.com/2011/01/mahasiswa-sedia-urus-prk-sendiri/

No comments: