There was an error in this gadget

Monday, January 10, 2011

Pelik tapi benar

Pelik tapi benar
Ramai yang tahu solat 5 waktu sehari semalam tu wajib
Ramai juga yang tahu cakap � solat itu tiang agama�
Tapi ramai juga yang tak solat
Ada tu seminggu sekali je solat
Tu pun sebab malu dekat kawan-kawan sepejabat
Ada juga setahun 2 kali je solat
Bila ditanya kenapa tak solat?
�Ala, rilek la, hidup ni sekali je, enjoy la puas-puas dulu,
dah tua nanti aku solat la�
Macam confirm je boleh jadi tua


Pelik tapi benar
Ramai yang tahu hijab tu wajib
Tapi ramai juga yang tak tutup aurat
Bila Mei Ling tanya � nape lu tak pakai itu tudung ha?�
� Sekarang ni kita dah moden, liberal. Islam dah tak macam
dulu, kuno. Wanita muslim bebas nak bertudung atau tak.�
Amboi, sedap sungguh jawapan dia
Sejak bila pulak ada Islam kuno dengan Islam liberal ni?


Ni lagi pelik tapi sangat la benar
Ramai yang bersetuju al-quran dan hadis tu kalau
dijadikan panduan, selamat hidup dunia akhirat
Tapi cakap tak serupa bikin
Al-quran dan hadis dipinggirkan
Hukum manusia diagung-agungkan
Kononnya teori-teori manusia tu boleh merawat
penyakit yang melanda umat sekarang
Merawat atau memparahkan lagi?
Percayalah
tak akan ada penawar melainkan dengan mentaati hukumNya


Inilah realiti umat kini
Umat kita tenat, parah
Jiwa mereka menderita tanpa mereka sedari

"copy n paste" dari:http://www.ipij.info/modules/article/view.article.php?37

No comments: