There was an error in this gadget

Thursday, February 10, 2011

born to lead...


Kepimpinan timbul daripada perkataan ‘pimpin’ yang bermaksud membimbing, memandu, menunjuk, mengepalai dan mengetuai. Dalam Islam, pemimpin dipandang sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam menegakkan syariat Allah dimuka bumi ini. Ianya selari dengan tuntutan Al-Quran dalam surah Al-Ahzab : 72 di mana semua makhluk Allah langit, bumi dan gunung-ganang enggan menerima amanah yang diberikan oleh Tuhan disebabkan oleh beratnya amanah itu tetapi manusia rela menerimanya.
Pemimpin yang ideal menurut Islam adalah pemimpin yang mempunyai sifat-sifat sepertimana yang ditetapkan oleh Al-Quran, Hadis dan Sunnah. Kemudian diperjelaskan lagi oleh ulamak-ulamakdan pemikir-pemikir Islam yang terkenal.
SIFAT-SIFAT KEPIMPINAN
Seorang ahli falsafah terkenal, Al-Farabi menggariskan sifat-sifat kepimpinan. Mengikut beliau pemimpin perlu sifat seperti berikut:
1. Bertanggungjawab dalam menegakkan syariat Allah
2. Kesempurnaan anggota tubuh
3. Pengertian(pemikiran) yang luas
4. Menggambarkan seluruh apa yang dikatakan
5. Kesempurnaan ingatan yang terkandung
6. Kesanggupan untuk menyampaikan kepada orang lain dengan sebenarnya menurut keinginan dengan penuh kecintaan kepada ilmu.
7. Dapat menguasai keinginan yang berlebihan dalam makan. Minum dan perlanggaran hawa nafsu
8. Lapang hati dan cinta keadilan, membenci paksaan dan penyelewengan
9. Kesanggupan untuk memberi keadilan tanpa sesuatu paksaan
10. Tidak mengenal takut dan mengerjakan menurut keyakinan

PEMIMPIN YANG TIDAK HARUS DIPILIH
Pemimpin yang tidak harus dipilih ialah pemimpin yang munafik, menyeleweng dan tidak beriman.
Hal ini sesuai dengan Firman Allah dalam ayat al-Maidah:57 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi pemimpin orang-orang yang membuat agamamu menjadi olok-olok dan main-main, iaitu orang yang diberi kitab sebelum kamu dan orang-orang yang tidak beriman. Patuhlah kamu kepada Allah, kiranya kamu benar-benar orang yang beriman.”
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Apabila disia-siakan amanah, maka tunggulah saat kehancuran” Sahabat bertanya: “ Wahai Rasullullah apakah dia mensia-siakan amanah itu?” Baginda berkata: “Apabila diserahkan sesuatu urusan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancuran.”
Diriwayatkan daripada Usaid bin Hudhair r.a katanya: Seorang lelaki dari kaum Ansar telah mengadap Rasulullah s.a.w secara bersendirian lalu dia berkata: Kenapa engkau tidak menugaskan aku sebagaimana engkau telah tugaskan Si Polan? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Sesungguhnya kamu akan bertemu pemimpin yang mementingkan diri sendiri serta bongkak sepeninggalanku nanti, maka hendaklah kamu bersabar sehingga kamu menemui aku di perigi (dalam Syurga)
InsyaAllah, semoga kita semua dapat memilih pemimpin yang dapat menegakkan Agama Allah ini. Dalam suasana sekarang kita, harus tabah kerana kita akan bertemu dengan pemimpin yang mementingkan diri sendiri serta bongkak sepertimana Hadis yang dinyatakan seperti di atas. Kita perlulah bersabar dengan karenah mereka-mereka ini. Semua itu ujian dari Allah untuk menguji kita sejauh mana ketaatan kita kepadaNya.
Allah Akbar (Allah Maha Besar)

No comments: