Monday, May 2, 2011

Who Am I?

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(az zumar:53)

Setiap orang meniti kehidupan ini dengan menggenggam harapan. Kita mungkin berkongsi rumah yang sama, berkongsi kelas yang sama, berkongsi cita-cita bersama, namun memiliki harapan yang berbeza. Dan semakin meniti usia, harapan yang kita letakkan pada kehidupan ini kian membesar dan terus membesar. Semasa kecil, kita mungkin cuma berharap mendapat hadiah yang mahal ketika hari lahir tiba. Menjejak alam persekolahan, kita mungkin mula berharap mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Kemudian, harapan kita mula bercambah kepada berharap mendapat kerjaya yang baik, teman hidup yang baik, kehidupan yang baik dan lain-lain.

Setengah-setengah harapan berhasil menjadi kenyataan manakala yang lain terkubur bersama kenangan.Harapan kita terus datang dan pergi. Sehingga akhirnya, kita terduduk dan harus muhasabah kembali, apakah sebenarnya yang paling kita harapkan dari kehidupan ini?

Kata-kata memainkan peranan yang penting dalam menaikkan semangat seseorang. walaupun dengan hanya ungkapan ringkas,ianya pasti akan memberi impak yang besar terhadap perubahan seseorang. apa pun kita kena ingat semuanya adalah biiznillah. saya pun masih lagi bermasalah dalam penyampaian. kadangkala terasa bersalah bilamana tidak mampu memberi secara terus dalam pengucapan. Tapi dari semasa-semasa akan cuba dipertingkatkan juga kebolehan pengucapan untuk lebih baik agar mampu memberi sesuatu kepada orang yang berada disekeliling.

kepada semua,video dibawah ini merupakan salah satu wadah untuk kita sentiasa memberi sesuatu kepada orang yang berada dekat dengan kita agar berasa lebih yakin dan bersemangat untuk melakukan sesuatu. pastikan tengok,rugi kalau tidak tonton..I AM CHAMPION!


sentiasa memberi dan sedia untuk menerima...SUARA ALAM..

No comments: