Friday, May 6, 2011

kerana biskut...



Ada satu cerita ... Seorang wanita di stesyen bas bandar Labuan sedang menunggu bas nombor 4.

Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu di Labuan Supermarket dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki juga seperti pelajar KAL sepertinya disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.

"Alangkah tak malunya lelaki ni.....sudah la tak mintak izin dari aku.... makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!!" rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu.

Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya

"Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar..". Kemudian bas wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri, wanita itu bergerak menaiki basnya. Apabila dia sampai ditempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.

Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut seperti biskut yang dimakannya tadi berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan
tadi.....................?????

Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya
sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.

MORAL CERITA

Moral 1: LELAKI KAL LEBIH COOL semasa makan biskut berbanding perempuan KAL.


Moral 2: Lain kali simpan biskut yang kita beli.....makan biskut orang dulu. Jimat skit.(bagi pompuan la. Laki jangan buat camtu k,coz kita kaum yg baik hati)

Moral 3: Husnul zhon (baik sangka). Jadi berbaik sangkalah kita kepada sesiapa sahaja yang kita kenal di KAL ni, tak kira la samada roommate, classmate, sukanmate or coffeemate. Mungkin jika ada perbuatan mereka yang kurang kita senangi sebenarnya hanya disebabkan salah faham kita sendiri.

Moral 4: memandangkan kita semua akan berpisah, maafkanlah sesama sahabat kita. Kerana banyak mana kesalahan coffeemate kita kepada kita, sebenarnya banyak lagi kesalahan kita kepada mereka. Kerana kesilapan itu kita tak dapat dikesan kecuali sesudah kita melakukannya.

So kepada SEMUA WARGA UMSKAL maafkanlah pembuat risalah ini. Selamat bercuti semester dan juga menjalani praktikal..wassalam.

SUARA ALAM
...

No comments: