Saturday, October 24, 2009

Aku berikrar...



Doa Iftitah


Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Masya'Allah....setiap hari kita membaca doa ini dalam setiap permulaan solat. Itu pun andaikata kita menbacanya dalam solat kerana ianya cuma sunat untuk membacanya.Namun, apa kes pulak klu tak solat?aAstagfirullahhala'zaim. Saban hari kita berikrar di hadapan Allah S.W.T dan berjanji untuk beribadah kepadaNya dan tidak akan menyekutukanNya. Adakah kita betul2 berpegang pada janji tersebut? Dikesempatan ini ana cuma mahu kita semua kembali muhasabah diri kita dalam setiap amalan kita seharian.Adakah kita ini betul2 melakukan ibadah kepadaNya dan mendapatkan mardhatillah, ataupun cuma menyekutukanNya tanpa kita sedari dalam kehidupan seharian ini. Takut2, bimbang2 sekiranya perbuatan kita selama ini hanyalah kerja sia2 sahaja. Renung2 & fikir2...

Wassalam...



No comments: