Wednesday, November 18, 2009

Selamat Bercuti...



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Assalamua’laikum Warohmatullahi Wabarakatuh.

Sesungguhnya,segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,kita memuji-Nya,meminta pertolongan dan keampunan kepada-Nya.Kita berlindung dari segala kejahatan diri kita dan kejelekan amal-amal kita.Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita,Muhammad S.A.W,ahli keluarga baginda,sahabat-sahabat baginda,tabie’, tabie’in,serta seluruh muslimin dan muslimat yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia,dan masih bertebaran di seluruh dunia memperjuangkan dan meneruskan dakwah Islamiyyah.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah SWT,

Ketika mana coretan ini di buat, terasa bumi KAL ini kesuramannya yang mana kurangnya bunyi jeritan, teriakan dan lain-lain dari siswa di sini. Suasana ini sememangnya berlaku disetiap kali akhir semester lazimnya. Detik waktu sebeginilah
dinantikan oleh segelintir mahasiswa terutamanya pelajar dari tahun 1. Setelah beberapa bulan di kampus ini dengan dugaan seperti berlakunya masalah catuan air di sini dan lain-lain lagi dari awal semester lagi dan hinggalah saat entry ini dibuat masalah tersebut masih lagi tidak dapat diselesaikan.

Pesan kepada mahasiswa/i UMSKAL, sahabat/ah dalam SEKRETARIAT MASJID dan untuk diri yang kerdil ini khususnya, gunalah masa dengan sebaik-baiknya tika cuti sebeginilah kita dapat bergaul mesra bersama keluarga, membantu mereka,dan melakukan sesuatu yang mampu membuatkan kita semua mencapai mardhatillah. Sama-samalah kita semua merebutlah peluang cuti ini sebaik-baiknya kerana disaat inilah kita dapat menghilang segala penat lelah setelah semester berCINTA dengan buku dan melakukan hal-hal lain. Rehatkan jiwa anda, tenangkan minda anda, dan muhasabahlah kembali apa yang telah kita lakukan sebelum ini.. Rehat-rehat juga,tapi buatlah sesuatu demi menampakkan sesuatu yang mampu menaikkan nama ISLAM di mata orang lain,insya'Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama(Allah)nescaya Dia akan menolongmu, dan meneguhkan kedudukanmu" surah Muhammad:ayat 7

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah SWT,

Percalah kepada janji-janji Allah yang telah banyak terkandung dalam al-Quran salah satunya dalam surah Muhammad di atas. Persoalannya di sini hanyalah bergantung kepada diri kita yang menjadi hambanya di muka bumi ini sama ada mahu ataupun tidak
untuk menjadi penyambung mata-mata rantai perjuangan dalam memartabatkan agama ISLAM.

Akhir kalam, ampun maaf dipinta dari diri ini sepanjang berada di bumi KAL ini, segala yang baik dijadikan teladan, yang khilaf dan segala keterlanjuran dari ana harap dijadikan sempadan. Selamat pulang ke kampung halaman.
Salam perjuangan,salam 1 fikrah,1 aqidah.

No comments: