Wednesday, December 16, 2009

Salam Hijrah 1431...



“ Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka merubah nasib mereka sendiri” (Ar-Ra’d :11)

Segala puji bagi Allah, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Kaya dan Maha Memberi Petunjuk bagi hamba-hambaNya. Tidak ada yang dapat memberi petunjuk selain Dia. Selawat dan salam bagi nabi Muhammad SAW serta keluarga, sahabat, dan umat beliau sehingga ke akhir zaman.
Setelah sekian waktu ruangan ini kosong tanpa ada pengisian yang boleh dikngsi bersama kini ana ingin mluangkn sedikit waktu untuk bersama-sama mendidik rohani ana bersama sahabat/sekalian. Hal ini mungkin disebabkan banyak masa yang ada dihabiskan untuk aktiviti lain. Apa yang diharapkan kepada Yang Maha Esa hanyalah dapat memberi petunjukNya kepada makhluk ciptaanNya ini untuk bijak mengurus waktu dengan lebih baik. Sememangnya ana tidak layak untuk meminta dan mengharapkan keindahan dan kebaikan ketika mana diri ini masih lagi banyak membuat kejelikan dan kemudharatan kepadaNya. Terlalu banyak kesilapan dan tindakan yang mana membuatkan diri ini terus tunduk kepada kehendak manusia dan duniawi. Bimbang segala khilaf ini diberi bala oleh Allah SWT, tapi ana akan mnerimanya sebagai ujian yang diberikan kerana Allah SWT yang selayaknya menghukum makhluknya. Allah telah menegur sikap seperti ini dahulunya melalui firman Allah:

“Dan sekiranya kamu taat kepada kemahuan kebanyakkan manusia nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah”
Surah al-an’am (6:116)
Umat Islam akan meninggalkan hijrah 1430 dan akan memasuki Hijrah 1431. Hal ini perlu kita fikirkan bahawa umur kita semua pun semakin meningkat wahai sahabat/ah sekalian. Oleh itu apakah persiapan kita? Dah cukup segala amal yang kita semua banggakan selama ini atupun masih berselimut dibuai keindahan dunia yang sementara ini. Nabi Muhammad SAW meninggalkan kita semua lebih 14 abad yang lalu dengan pelbagai macam ilmu dan sunnahnya yang perlu kita semua ambil dan praktikkan. Khazanah yang baginda tinggalkan untuk umatnya diakhir zaman ini sememangnya terlalu banyak dan kita perlulah berusaha mencarinya demi kebahagian ukhrawi.
Rasullulah berhijrah bukanlah bermaksud melihatkan ketakutannya seprtimana yang yang didakwa oleh musuh-musuh islam seperti orientalis barat dan laknatullah lain yang bertujuan untuk melemahkan pendirian umat islam tentang kebenaran perjuangan yang dibawa baginda. Baginda berhijrah kerana merupakan perintah Allah SWT. Seperti mana yang diketahui, nabi melakukan hijrah berasa sahabat dari mekah ke madinah kerana untuk membentuk masyarakat majmuk yang boleh hidup di bawah pentadbiran yang berlandaskan al-Quran dan sunnah Rasullullah SAW.
Kita semua pelulah sedia untuk melakukan hijrah yakni kepada yang lebih utama dan baik untuk diri dan islam khasnya. Biarlah segala aspek kehidupan yang kita semua lakukan berlandaskan syariat yang telah diajarkan dengan cara islam, perhubungan kena cara islam, perkahwinan,makan minum, pakaian, belajar,ekonomi,politik, dan yang lain-lain lagi biarlah dengan cara islam. Dalam konteks mahasiswa pula pada pandangan ana biarlah kita sentiasa menjadi peneraju dan tulang belakang kepada sesebuah university dan juga Negara terutamanya. Cubalah untuk suarakan hak-hak kita yang mana sebelum ini dikatakan terabai. Janganlah kita hanya tahu jalan ke dewan kuliah dan ke bilik tidur di hostel.Kita perlu ingat di sini jualah titik mula kepada individu bergelar mahasiswa untuk mencorakkan masa depannya,keluarganya,masyarakatnya dan negaranya. Ana mengingatkan diri ini dan sahabat/ah sekalian kita semua merupakan asset dan permata berharga kepada islam terutamanya. Zaman muda inilah perlu kita kembalikan keizzahan islam di mata dunia luar islam insya’Allah.
Akhir bicara untuk ruangan hijrah ini ana ingin sangat berharap bahtera Sekretariat Masjid (SM) 09/10 akan mampu ana kemudi bersama sahabat/ah perjuangan yang lain untuk terus layarkan bahtera islamiyyah di bumi KAL ini. Semoga halatuju yang dibawa ini menjadi satu wadah perjuangan untuk Ganerasi pada kali ini yang mana segala mehna & tribulasi,@kejayaan yang mendatang mendapat mardhatillah. Dikesempatan ini jualah ana mewakili majlis tertinggi Sekretariat Masjid dan seluruh pelaksana serta penolong-penolong agama Allah di bumi KAL ini mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah. Semoga semangat tahun baru ini akan terus tersemat di dalam diri hamba-hambanya yang sentiasa menagih mengharap keredhaan Allah SWT.
Sesunguhnya setiap amalan dimulakan dengan niat
Dan sesunguhnya bagi setiap insane,amalannya bergantung kepada apa yang diniatnya.
Maka barang siapa hijrahnya kepada Allah dan rasulnya
Maka hijrahnya kepada Allah dan rasulnya
Dan barangsiapa hijrahnya sekadar untuk dunia yang ingin dia mencapainya atau sekadar untuk wanita yang ingin dia kahwini
Maka penghijrahannya menuju kepada apa yang dia niatkan apabila dia behijrah kepadanya.

No comments: