Sunday, January 31, 2010

just for you..




"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak sekali-kali mengkehendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan."(Adz-Dzaariat:56-57)

assalamualaikum kpd semua..

insya'Allah kali ini saya ingin membawa sahabat/ah sekalian untuk bersama-sama menghayati lirik lagu yang disampaikan diatas..bukannya apa,tujuannya tidak lain tidak bukan untuk kita semua muhasabah diri kita ini. Seharian kita menghirup udara yang dibri percuma ini,bebas bergerak ke sana kemari dan sebagainya. Tapi,adakah kita semua bersyukur setiap kali melakukan sesuatu tersebut. Kepada siapakah rasya syukur kita panjatkan tesebut? adakah kepada diri sendiri kerana boleh buat sesuatu disebabkan tidak perlu adanya pertolongan orang lain? Adakah kepada rakan2,keluarga,masyarakat sekeliling yang banyak membantu?
iya,terima kasih juga perlu diucapkan kepada mreka selaku orang yang bnyak membantu kita,namun yang lebih berhak dan selayaknya menerima segala puji dan puja hanyalah Allah SWT yang Maha Adil dalam mengaturkan sesuatu. justeru itu,marilah sahabat/ah sekalian marilah kita semua menghitung semula apa yang kita laksanakan dalam kehidupan seharian ini. Kepda siapa kita beramal selama ini. Hanya untuk menunjuk-nunjuk,riak dalam ibadah ataupun benar-benar ikhlas kerana Allah taala.

Ini saja rasanya yang saya mahu kongsikan untuk ruangan kali ini,terasa jiwa muda ini terlalu kosong dengan santapan rohani. Maka saya mahu diri ini terisi selalu dengan peringatan untuk kebaikan dunia dan akhirat. Sahabat/ah sama-lah kita saling ingt-mengingati antara satu yang lain. Sememangnya kita tahu,dalam kehidupan ini.sama sekali kita tidak pernah terlrpas dari melakukan khilaf kepda yang Maha Pencita.

Wassalam.

No comments: