Thursday, January 28, 2010

Yang baru...







"Hai orang-orang beriman,bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertaqwalah kepada Allah,supaya kamu beruntung" al-Imran:200

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah,perkongsian dari diri ini akan diteruskan lagi untuk entry kali ini walaupun terhenti seketika waktu. Bukanlah tidak ada sumber mahupun pengisian yang hendak dikongsi bersama,tetapi hanya menunggu waktu dan hari yang sesuai. Saya lebih banyak menziarah blog sahabat yang lain dan kampus lain ketika ini. Kenapa? Demam PRK yang membuatkan saya begitu terpanggil untuk menziarah blog sahabat saya dan pautan kampus-kampus yang lain.

Pilihan raya kampus di bumi KAL ini baru sahaja berlangsung semalam. Amanah untuk menjawat Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010 diberikan oleh mahasiswa kepada sahabat seperjuangan saya dalam Sekretariat Masji (SM)iaitu Heryanto dan Nurul Aida. Sebagai wakil pro-mahasiswa,ternyata mereka diberi kepercayaan untuk "bekerja" untuk mahasiswa. Apa yang mahu saya bawa kita semua muhasabah bersama terutamanya diri ini,setelah pencapaian ini diperoleh ingatlah sahabat-sabat semua,semakin ramai yang memilih kita untuk menjadi suara mereka dan pemimpin,maka semakin banyaklah juga amanah yang perlu dipikul dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Insya'allah, saff kempinan SM dan ahli yang lain bersama mahasiswa akan sentiasa menyokong dan membantu MPP dibumi KAL ini selagi mana gerak kerja yang dibuat untuk semua mahasiswa dan syariat islam terus terjaga di sini.

Salam perjuangan...


Rapatkan barisan rapatkan

Meneruskan langkah perjuangan

Suara dan harapan mahasiswa

Kobarkan dirimu kobarkan

Kentalkan jiwamu kentalkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga tertegak kebenaran

Nyahkan rasa takut dan gentar

Robohkan segala kebatilan

Perjuangan harapan bersama

Untukmu varsiti tercinta

Bangkitlah Pro Mahasiswa!

No comments: