There was an error in this gadget

Thursday, August 19, 2010

puasa si miskin




Aku telah menemui sebuah rumah yang usang, dimana rumah
berkenaan berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa, di serambi rumah
berkenaan terdapat beberapa orang anak kecil yang nampaknya
lesu dan letih.

Lalu aku menghampiri rumah berkenaan dan bertanya kepada kanak-
kanak berkenaan, lalu keluar si kakaknya yang agak-agak berumur dalam
lingkungan 11tahun. Aku bertanya " mana emak? "

Lalu dijawab budak itu emak pergi menoreh, dan mana bapa, dia
mengatakan bapanya pergi kerja. Habis adik yang kecil ini duduk dengan siapa,
disitu terdapat seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

"Adik ini duduk dengan sayalah" cakap budak berkenaan.

Saya bertanya lagi berapa orang adek-beradek, lantas dijawab
oleh budak itu "sepuluh", dan adik ni yang ke berapa , "saya yang kelapan ".
Mana abang abang kamu pergi, dia memberi tahu pergi menolong emak menoreh.

"Adik puasa hari ini?" , dijawab pula budak berkenaan , "sama
saja pakcik puasa atau tidak sebab kami hanyak makan 1 kali sehari". Mendengar
kata-kata itu aku sungguh terharu, lalu aku bertanya lagi adik bersekolah
dimana", saya tidak bersekolah sebab ibubapa saya tidak mampu". Bapa kerja
apa? ,"tangkap ikan disungai untuk dijadikan lauk untuk berbuka puasa ".

Budak berkenaan memberi tahu saya lagi, lebih baik bulan puasa
dari bulan lain kerana pada bulan berkenaan saya dapat merasakan kuih, sebab
selalu sahaja orang hantar.

Memandangkan keadaan berkenaan, aku meninggalkan keluarga
berkenaan,kebetulan disimpang jalan ada orang menjual daging lembu
tempatan, aku membeli satu kilo tulang lembu dan rempah sup serta 10 kg beras untuk disedekahkan kepada keluarga berkenaan.

Bila saja aku beri segalanya kepada keluarga berkenaan, kanak
kanak berkenaan melompat kegembiraan dengan kata "yeh yeh kita dapat makan
daging malam ni". Aku bertanya kepada sikakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang pula saya dapat makan daging lembu.

Seminggu kemudian aku datang lagi kerumah berkenaan, apabila
anak-anak dirumah melihat aku datang, mereka menyambut dipintu rumah lagi,
kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu beliau. Sungguh menyedihkan cerita yg kudapati........Anak yang berumur 4 tahun memberitahu aku, yang sudah seminggu dia makan sup tulang yang aku berikan haritu, tiap tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik, budak berumur 4 tahun itu memberitahu aku. Aku bertanya kepada emaknya macamana dia buat, hari mula-mula tu kita rebus tulang
berkenaan, dia memberitahu anak-anak jangan buang tulang yang di makan berkenaan.

Lalu beliau mengutip kesemua tulang yang telah dimakan tadi dan
direbus semula untuk malam keesokannya, bagitulah setiap hari, katanya tak
boleh makan isi boleh akan air rebusan tulang itu sudah memadai bagi anak-anaknya.

Aku bertanya lagi upah menoreh berapa makcik dapat, cuma RM3.00
sehari dan ayahnya berkerja macamana, kalau dapat ikan dijadikan lauk untuk
dimakan setiap hari.

Cukup sedih memikirkannya. Berpeluangkah kita merasa air
rebusan sup tulang sahaja sepanjang hayat kita? Atau kita buangkan saja isinya semata- mata kerana TAK SEDAP?

Mudah-mudahan menjadi tauladan bagi kita dan hendaklah sentiasa
bersyukur dengan apa yang ada pada kita. Hidup kita susah hidup orang
lebih lagi.

No comments: